
Mini Popia Udang Makcik Yat`s Homebake
RM 27.00
Ceriakan Ramadhan dan Syawal Kali Ini dengan Mini Popia Udang Crispy Makcik Yat.
Intinya dari serunding udang yang dimasak menggunakan ramuan terpilih. Rempah ratusnya cukup beraroma, membuatkan anda mendambakan rasa enaknya setiap masa. Pasti anda akan tertanya, alangkah sedap jika serunding ini boleh dimakan begitu sahaja.
Dibalut dengan pastri popia yang diadun khusus, digoreng di dalam minyak sawit berkualiti sehigga garing. Kulitnya rangup, dan anda boleh rasakan setiap lapisan pastri popia dalam setiap gigitan.
Awas, anda mungkin terpaksa membeli Mini Popia Udang ini berkali-kali. Tetapi jangan risau, kami akan hantarkan kepada anda. Kami akan balut dengan bubblewrap dan kotak, insya allah tak hancur.